Bulan-bulan yang menjadi pilihan Allah adalah bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

خيرة الله من الشهور شهر رجب، وهو شهر الله، من عظم شهر رجب؛ عظم أمر الله، ومن عظم أمر الله؛ أدخله الله جنات النعيم، وأوجب رضوانه الأكبر. وشعبان شهري، فمن عظم شعبان؛ فقد عظم أمري، ومن عظم أمري؛ كنت له فرطا وذخرا يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته، ولم ينتهكه، وصام نهاره، وقام ليله، وحفظ جوارحه؛ خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bulan-bulan yang menjadi pilihan Allah adalah bulan Rejab. Ia adalah bulan Allah. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Allah iaitu Rejab, dia sebenarnya telah mengagungkan perintah Allah. Barangsiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan masukkan dia ke dalam syurga yang penuh nikmat dan menjadi reda yang besar. Sya’ban adalah bulanku. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, dia telah mengagungkan perintahku. Aku adalah simpanan yang menjadi penyelamatnya pada hari Kiamat. Bulan Ramadan adalah bulan umatku. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Ramadan, menghormati bulan tersebut, tidak melanggar kesucian bulan tersebut, puasa pada siang hari, bangun pada malam hari, memelihara anggotanya, apabila dia keluar daripada bulan Ramadan, tiada satu pun dosa yang dituntut oleh Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1930, hadis nombor 9683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: خيرة الله من الشهور شهر رجب، وهو شهر الله، مَن عظّم شهر الله رجب؛ عظم أمر الله، ومن عظم أمر الله؛ أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر. وشعبان شهري، فمن عظم شعبان؛ فقد عظم أمري، ومن عظم أمري؛ كنت له فرطاً وذخراً يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته، ولم ينتهكه، وصام نهاره، وقام ليله، وحفظ جوارحه؛ خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به. [هق، ((الضعيفة)) (6188)]

(Palsu) Daripada Anas Bin Malik, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bulan-bulan yang menjadi pilihan Allah adalah bulan Rejab. Ia adalah bulan Allah. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Allah iaitu Rejab, dia sebenarnya telah mengagungkan perintah Allah. Barangsiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan masukkan dia ke dalam syurga yang penuh nikmat dan menjadi redha yang besar. Sya’ban adalah bulan saya. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, dia telah mengagungkan perintah saya. Saya adalah simpanan yang menjadi penyelamatnya pada hari Kiamat. Bulan Ramadhan adalah bulan umat saya. Barangsiapa yang mengagungkan bulan Ramadhan, menghormati bulan tersebut, tidak melanggar kesucian bulan tersebut, puasa pada siang hari, bangun pada malam hari, memelihara anggotanya, apabila dia keluar daripada bulan Ramadhan, tiada satu pun dosa yang dituntut oleh Allah. [Riwayat al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6188]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs