Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خيرةُ اللهِ من الشهورِ شهرُ رجبٍ، وهو شهرُ اللهِ، من عظَّمَ شهرَ رجبَ؛ عظَّمَ أمر اللهِ، ومن عظَّمَ أمرَ اللهِ؛ أدخلَه اللهُ جناتِ النعيمِ، وأوجب رضوانَه الأكبرَ. وشعبانُ شهري، فمن عظَّمَ شعبانَ؛ فقد عظَّمَ أمري، ومن عظَّمَ أمري؛ كنتُ له فَرَطًا وذخرًا يومَ القيامةِ. وشهرُ رمضانَ شهرُ أمتي، فمن عظَّمَ شهرَ رمضانَ وعظَّم حُرمتَه، ولم يَنْتَهِكْهُ، وصام نهارَه، وقام ليلَه، وحفظ جوارحَه؛ خرج من رمضانَ وليس عليه ذنبٌ يطلبُه اللهُ به.
Teks Bahasa Melayu
Bulan-bulan yang menjadi pilihan Allah adalah bulan Rejab. Ia adalah bulan Allah. sesiapa yang mengagungkan bulan Allah iaitu Rejab, dia sebenarnya telah mengagungkan perintah Allah. sesiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan masukkan dia ke dalam syurga yang penuh nikmat dan menjadi reda yang besar. Sya’ban adalah bulanku. sesiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, dia telah mengagungkan perintahku. Aku adalah simpanan yang menjadi penyelamatnya pada hari Kiamat. Bulan Ramadan adalah bulan umatku. sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadan, menghormati bulan tersebut, tidak melanggar kesucian bulan tersebut, puasa pada siang hari, bangun pada malam hari, memelihara anggotanya, apabila dia keluar daripada bulan Ramadan, tiada satu pun dosa yang dituntut oleh Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1930, hadis no. 9683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: خيرة الله من الشهور شهر رجب، وهو شهر الله، مَن عظّم شهر الله رجب؛ عظم أمر الله، ومن عظم أمر الله؛ أدخله جنات النعيم، وأوجب له رضوانه الأكبر. وشعبان شهري، فمن عظم شعبان؛ فقد عظم أمري، ومن عظم أمري؛ كنت له فرطاً وذخراً يوم القيامة. وشهر رمضان شهر أمتي، فمن عظم شهر رمضان وعظم حرمته، ولم ينتهكه، وصام نهاره، وقام ليله، وحفظ جوارحه؛ خرج من رمضان وليس عليه ذنب يطلبه الله به. [هق، ((الضعيفة)) (6188)]
(Palsu) Daripada Anas Bin Malik, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bulan-bulan yang menjadi pilihan Allah adalah bulan Rejab. Ia adalah bulan Allah. sesiapa yang mengagungkan bulan Allah iaitu Rejab, dia sebenarnya telah mengagungkan perintah Allah. sesiapa yang mengagungkan perintah Allah, Allah akan masukkan dia ke dalam syurga yang penuh nikmat dan menjadi redha yang besar. Sya’ban adalah bulan saya. sesiapa yang mengagungkan bulan Sya’ban, dia telah mengagungkan perintah saya. Saya adalah simpanan yang menjadi penyelamatnya pada hari Kiamat. Bulan Ramadhan adalah bulan umat saya. sesiapa yang mengagungkan bulan Ramadhan, menghormati bulan tersebut, tidak melanggar kesucian bulan tersebut, puasa pada siang hari, bangun pada malam hari, memelihara anggotanya, apabila dia keluar daripada bulan Ramadhan, tiada satu pun dosa yang dituntut oleh Allah. [Riwayat al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6188]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman