TEKS BAHASA ARAB
جبل الخليل جبل مقدس، وإن الفتنة لما ظهرت في بني إسرائيل أوحى الله تعالى إلى أنبيائهم أن يفروا بدينهم إلى جبل الخليل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bukit al-Khalil itu bukit yang suci. Tatkala fitnah melanda bani Israel, Allah mewahyukan kepada para nabi-Nya untuk lari dengan agama mereka ke bukit al-Khalil.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 8994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الوضين بن عطاء أن رسول الله ﷺ قال: «جبل الخليل جبل مقدس، وإن الفتنة لما ظهرت في بني إسرائيل أوحى الله -تعالى- إلى أنبيائهم أن يفروا بدينهم إلى جبل الخليل». [ابن عساكر، «الضعيفة» (825)].
(Munkar) Daripada al-Wadhin bin ‘Atha’, Rasulullah SAW bersabda: "Bukit al-Khalil itu bukit yang suci. Tatkala fitnah melanda bani Israel, Allah mewahyukan kepada para nabi-Nya untuk lari dengan agama mereka ke bukit al-Khalil." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 825]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.