TEKS BAHASA ARAB
ليس بخيركم من ترك دنياه لآخرته ولا آخرته لدنياه حتى يصيب منهما جميعا فإن الدنيا بلاغ إلى الآخرة ولا تكونوا كلا على الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu bagi sesiapa yang meninggalkan dunianya untuk akhiratnya dan tidak juga yang meninggalkan akhiratnya untuk dunianya, hinggalah dia perolehi daripada kedua-duanya sekali. Ini kerana, dunia adalah penyampai kepada akhirat dan janganlah kamu menjadi beban kepada orang lain.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 68, hadis nombor 383. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini hadith palsu, saya telah menulis secara khusus untuk menjelaskan kepalsuannya dalam satu juzuk berasingan diberi judul Saf’ al-Tiyah B Ibtal Hadith Laisa Bi Khairikum Man Taraka Dunyah dan lihat pada bahagian خيركم, yang telah berlalu pada huruf al-Kha’.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.