Bukanlah termasuk akhlak seseorang mukmin bersikap memujuk

TEKS BAHASA ARAB

يس من أخلاق المؤمن التملق ولا الحسد إلا في طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah termasuk akhlak seseorang mukmin bersikap memujuk yang melampaui batas kecuali dalam menuntut ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 69, hadis nombor 386. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat al-Hasan bin Dinar daripada al-Khasib Ibn Jahdar, kedua-dua mereka adalah perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Oleh kerana itu, Ibn al-Jawzi berkata: Palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.