Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ مِنْ أَخْلاَقِ المُؤْمِنِ التَّمَلُّقُ وَلاَ الحَسَدُ إِلاَّ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah termasuk akhlak seseorang mukmin bersikap memujuk yang melampaui batas kecuali dalam menuntut ilmu.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 69, hadis no. 386. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat al-Hasan bin Dinar daripada al-Khasib Ibn Jahdar, kedua-dua mereka adalah perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Oleh kerana itu, Ibn al-Jawzi berkata: Palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman