Syaz dengan lafaz ini

30/06/2024

minit bacaan



Bukanlah suatu kebaikan untuk berpuasa ketika bermusafir

Teks Bahasa Arab

ليسَ منَ امبِرِّ امصيامُ في امسَفَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Bukanlah suatu kebaikan untuk berpuasa ketika bermusafir.

Sahabat Perawi

  1. Ka’ab bin ‘Asim al-Asy’ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Syaz dengan lafaz ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis no. 5715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا اللفظ) عن كعب بن عاصم الأشعري -رضي الله عنه- وكان من أصحاب السقيفة، قال: سمعت رسول الله ﷺ [يقول]: «ليس من امبر امصيام في امسفر». [حم، «الضعيفة» (1130)].

(Syaz dengan lafaz ini) Daripada Ka’ab bin ‘Asim al-Asy’ari RA dan -dia adalah daripada kalangan sahabat al-Saqifah-, telah berkata: Aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah suatu kebaikan untuk berpuasa ketika bermusafir." [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1130].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.