TEKS BAHASA ARAB
ليس بحكيم من لم يعاشر بالمعروف من لا يجد من معاشرته بدا؛ حتى يجعل الله له من ذلك فرجا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bukanlah seseorang itu bijaksana sekiranya dia tidak bergaul dengan cara yang baik. Barangsiapa yang tidak mendapati daripada pergaulannya suatu kepentingan (kebaikan), sehinggalah Allah SWT menjadikan buatnya jalan keluar daripada hal tersebut.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)عن أبي فاطمة الإيادي مرفوعا: ((ليس بحكيم من لم يعاشر بالمعروف من لا يجد من معاشرته بدا، حتى يجعل الله له من ذلك فرجا)). [هب، ((الضعيفة)) (2658)]
(Munkar)
Daripada Abu Fatimah al-Iyadi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukanlah seseorang itu bijaksana sekiranya dia tidak bergaul dengan cara yang baik. Barangsiapa yang tidak mendapati daripada pergaulannya suatu kepentingan (kebaikan), sehinggalah Allah SWT menjadikan buatnya jalan keluar daripada hal tersebut.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2658]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.