Bukanlah pencuri itu yang mencuri pakaian manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ليس السارق الذي يسرق ثياب الناس، إنما السارق الذي يسرق الصلاة، يلقطها الطير كما يلقط الحب من الأرض.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bukanlah pencuri itu yang mencuri pakaian manusia, tetapi pencuri itu adalah yang mencuri di dalam solat seperti patukan burung yang mematuk bijian dari bumi.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


موضوع ذكره السيوطي في الذيل.

Hadith ini palsu sepertimana yang disebutkan oleh al-Suyuthi di dalam kitabnya al-Zail.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon