Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bukanlah pencuri itu yang mencuri pakaian manusia

Teks Bahasa Arab

حديث: ليس السارق الذي يسرق ثياب الناس، إنما السارق الذي يسرق الصلاة، يلقطها الطير كما يلقط الحب من الأرض.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Bukanlah pencuri itu yang mencuri pakaian manusia, tetapi pencuri itu adalah yang mencuri di dalam solat seperti patukan burung yang mematuk bijian dari bumi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis no. 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع ذكره السيوطي في الذيل.

Hadith ini palsu sepertimana yang disebutkan oleh al-Suyuthi di dalam kitabnya al-Zail.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.