Bukanlah musuhmu itu yang apabila kamu membunuhnya kamu mendapat cahaya, dan apabila dia membunuh kamu, kamu akan masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

ليس عدوك الذي إن قتلته كان لك نوراً وإن قتلك دخلت الجنة ولكن أعدى عدوك ولدك الذي خرج من صلبك ثم أعدى عدو لك مالك الذي ملكت يمينك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah musuhmu itu yang apabila kamu membunuhnya kamu mendapat cahaya, dan apabila dia membunuh kamu, kamu memasuki syurga. Tetapi musuh kamu yang paling utama ialah anak yang keluar daripada tulang sulbimu. Kemudian musuhmu yang paling utama ialah harta yang kamu miliki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002, hadis nombor 5162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشجعي رضي الله عنه مرفوعا: ليس عدوك الذي إن قتلته كان لك نورا وإن قتلك دخلت الجنة ولكن أعدى عدوك ولدك الذي خرج من صلبك، ثم أعدى عدو لك مالك الذي ملكت يمين. [طب، وفي مسند الشاميين، الضعيفة (4396)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asyja’iy RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukanlah musuhmu itu yang apabila kamu membunuhnya kamu mendapat cahaya, dan apabila dia membunuh kamu, kamu memasuki syurga. Tetapi musuh kamu yang paling utama ialah anak yang keluar daripada tulang sulbimu. Kemudian musuhmu yang paling utama ialah harta yang kamu miliki. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4375].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs