Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ الجِهادُ أن يضرِبَ بسيفِهِ في سبيلِ اللهِ ، إنَّما الجِهادُ مَن عالَ والديهِ ، وعالَ ولدَهُ فَهوَ في جِهادٍ ، ومن عالَ نفسَهُ يكفَّها عنِ النَّاسِ ، فَهوَ في جِهادٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah jihad itu memukul dengan pedangnya di jalan Allah. Sesungguhnya jihad itu siapa yang menanggung kedua ibu bapanya dan anaknya, maka dia berada dalam suatu jihad. Dan siapa menanggung dirinya yang menghalangnya meminta daripada orang lain, maka dia dalam suatu jihad.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis no. 5063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس الجهاد أن يضرب بسيفه في سبيل الله، إنما الجهاد من عال والديه، وعال ولده، فهو في جهاد، ومن عال نفسه يكفها عن الناس، فهو في جهاد)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1989)]
(Dhaif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Bukanlah jihad itu memukul dengan pedangnya di jalan Allah. Sesungguhnya jihad itu siapa yang menanggung kedua ibu bapanya dan anaknya, maka dia berada dalam suatu jihad. Dan siapa menanggung dirinya yang menghalangnya meminta daripada orang lain, maka dia dalam suatu jihad.)) [Disebutkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1989]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman