Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut sang kekasih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس بكريم من لم يتواجد عند ذكر الحبيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut sang kekasih.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis nombor 7151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
أن النبي ﷺ أنشده أعرابي:
قد لسعت حية الهوى كبدي، فلا طبيب لها ولا راقي، إلا الحبيب الذي شغفت به، فعنده رقيتي وترياقي.
فتواجد حتى سقطت البردة عن منكبيه، فقال معاوية: ما أحسن لهوكم، فقال: مهلا يا معاوية؛ ليس بكريم من لم يتواجد عند ذكر الحبيب.
[السهروردي في ((عوارف المعارف))، ابن طاهر المقدسي في ((السماع))، ((الضعيفة)) (558)]

(Palsu)
Seorang lelaki ‘Arab telah mendendangkan syair kepada Nabi SAW:
Sang ular jahat telah mematuk hatiku, maka tidak ada tabib (doktor) mahupun tukang jampi yang boleh merawatnya, melainkan sang kekasih yang dicintai sepenuh hati. Hanya padanya terdapat jampiku dan penawarku.
Maka didapati baginda SAW tersentuh (dengan bait syair yang telah didendangkan itu) sehinggakan kain selendang (burdah) terjatuh daripada bahunya. Lalu Mu’awiyah berkata: Alangkah cantiknya permainan kamu. Lantas Baginda bersabda: Bertenanglah (Jangan gopoh), wahai Mu’awiyah! Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut sang kekasih.
[Riwayat al-Suhrawardi dalam 'Awarif al-Ma'arif dan Ibn Tahir al-Maqdisi dalam al-Sama'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 558]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.