Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ بكريمٍ مَن لم يتواجَدْ عندَ ذكرِ الحَبيبِ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut sang kekasih.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis no. 7151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Seorang lelaki 'Arab telah mendendangkan syair kepada Nabi SAW: Sang ular jahat telah mematuk hatiku, maka tidak ada tabib (doktor) mahupun tukang jampi yang boleh merawatnya, melainkan sang kekasih yang dicintai sepenuh hati. Hanya padanya terdapat jampiku dan penawarku. Maka didapati baginda SAW tersentuh (dengan bait syair yang telah didendangkan itu) sehinggakan kain selendang (burdah) terjatuh daripada bahunya. Lalu Mu'awiyah berkata: Alangkah cantiknya permainan kamu. Lantas Baginda bersabda: Bertenanglah (Jangan gopoh), wahai Mu'awiyah! Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut sang kekasih. [Riwayat al-Suhrawardi dalam 'Awarif al-Ma'arif dan Ibn Tahir al-Maqdisi dalam al-Sama'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 558]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman