Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس منا مَن غَشَّ مسلمًا أو ضَرَّهُ أو مَاكَرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah dari kalangan kami orang yang menipu seorang muslim yang lain atau memberikan mudarat padanya bahkan membuat helah ke atasnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 789, hadis no. 4056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ليس منا من غش مسلما أو ضره أو ماكره. [الرافعي، (الضعيفة) (3290)]
(Palsu) Bukanlah dari kalangan kami orang yang menipu seorang muslim yang lain atau memberikan mudarat padanya bahkan membuat helah ke atasnya. [Riwayat al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3290]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman