Bukanlah dari golongan kami orang yang mengasi dirinya atau meminta dikasi

TEKS BAHASA ARAB

لا ليس منا من خصى، أو اختصى، ولكن صم ووفر شعر جسدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW akan hidupnya yang masih bujang, lalu dia berkata: “Bolehkah aku meminta untuk dikasi?”. Rasulullah SAW bersabda padanya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang mengasi dirinya atau meminta dikasi, tetapi berpuasalah dan rapikanlah rambut di badanmu”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: شكى رجل إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- العزوبة، فقال: ألا أختصي؟ فقال له النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((لا ليس منا من خصى أو اختصى، ولكن صم ووفر شعر جسدك)).
[طب، ((الضعيفة)) (1314)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa dia berkata: Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW akan hidupnya yang masih bujang, lalu dia berkata: “Bolehkah aku meminta untuk dikasi?”. Rasulullah SAW bersabda padanya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang mengasi dirinya atau meminta dikasi, tetapi berpuasalah dan rapikanlah rambut di badanmu”.
[ٌRiwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1314].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs