Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا لَيْسَ منا من خَصى، أو اختَصَى، وَلَكِن صُمْ ووفّرْ شعر جسدِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW akan hidupnya yang masih bujang, lalu dia berkata: “Bolehkah aku meminta untuk dikasi?”. Rasulullah SAW bersabda padanya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang mengasi dirinya atau meminta dikasi, tetapi berpuasalah dan rapikanlah rambut di badanmu”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis no. 4721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: شكى رجل إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- العزوبة، فقال: ألا أختصي؟ فقال له النبي -صلى الله عليه وسلم-: لا ليس منا من خصى أو اختصى، ولكن صم ووفر شعر جسدك. [طب، الضعيفة (1314)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa dia berkata: Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah SAW akan hidupnya yang masih bujang, lalu dia berkata: “Bolehkah aku meminta untuk dikasi?”. Rasulullah SAW bersabda padanya: “Bukanlah dari golongan kami orang yang mengasi dirinya atau meminta dikasi, tetapi berpuasalah dan rapikanlah rambut di badanmu”. [ٌRiwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1314].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman