TEKS BAHASA ARAB
حديث: ليس من أخلاق المؤمن الملق إلا في طلب العلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Bukanlah dari akhlak mukmin bersikap tamak melainkan pada menuntut ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا. وفي إسناده: كذاب. يروى الموضوعات عن الثقات: وله طرق.
Ibn Adi meriwayatkan daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya ada pendusta, dia menyandarkan riwayat palsu kepada perawi yang dipercayai: dan ada beberapa jalan periwayatan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.