Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس منَّا من لم يوقِّرِ الكبيرَ، ويرحمِ الصغيرَ، ويأمر بالمعروفِ، وينهَ عن المنكرِ.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah dalam kalangan kami mereka yang tidak menghormati orang tua, mengasihani yang muda, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada yang mungkar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 843-844, hadis no. 4327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- يرفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم: ((ليس منا من لم يوقر الكبير، ويرحم الصغير، ويأمر بالمعروف، وينه عن المنكر)). [حم، ((الضعيفة)) (5033)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA disandarkan kepada Nabi SAW: Bukanlah dalam kalangan kami mereka yang tidak menghormati orang tua, mengasihani yang muda, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada yang mungkar. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5033]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman