Bukankah zaman itu keseluruhannya merupakan hari esok?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أليس الدهر كله غدا؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukankah zaman itu keseluruhannya merupakan hari esok?.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis nombor 1002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن زيد بن حارثة – رضي الله عنه -، قال: قال جعال بن سراقة وهو يتوجه إلى أحد: يا رسول الله! إنه قيل لي: إنك تقتل غدا، وهو يتنفس مكروبا، فضرب النبي – صلى الله عليه وسلم – بيده في صدره، وقال: ((أليس الدهر كله غدا))؟ [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2125)]

(Palsu)
Daripada Zaid bin Harithah RA berkata, Ju’al bin Suraqah telah berkata sambil beliau menghadap ke arah Bukit Uhud: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dikatakan kepadaku: Sesungguhnya kamu akan dibunuh esok, (dan dia mengucapkannya) dalam keadaan tercungap-cungap. Kemudian Nabi SAW meletakkan tangan baginda di dadanya lalu berkata: Bukankah zaman itu keseluruhannya merupakan hari esok?
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2125]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.