Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أليس الدهرُ كلُّهُ غدًا؟
Teks Bahasa Melayu
Bukankah zaman itu keseluruhannya merupakan hari esok?.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Harithah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis no. 1002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن زيد بن حارثة - رضي الله عنه -، قال: قال جعال بن سراقة وهو يتوجه إلى أحد: يا رسول الله! إنه قيل لي: إنك تقتل غدا، وهو يتنفس مكروبا، فضرب النبي - صلى الله عليه وسلم - بيده في صدره، وقال: ((أليس الدهر كله غدا))؟ [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2125)]
(Palsu) Daripada Zaid bin Harithah RA berkata, Ju’al bin Suraqah telah berkata sambil beliau menghadap ke arah Bukit Uhud: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dikatakan kepadaku: Sesungguhnya kamu akan dibunuh esok, (dan dia mengucapkannya) dalam keadaan tercungap-cungap. Kemudian Nabi SAW meletakkan tangan baginda di dadanya lalu berkata: Bukankah zaman itu keseluruhannya merupakan hari esok? [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2125]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman