Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bukan daripada pemimpin ummah sama ada sedikit atau ramai namun dia tidak adil

Teks Bahasa Arab

ليس مِن والي أُمَّةٍ قَلَّتْ أو كَثُرَتْ لا يَعدِلُ فيها، إلَّا كَبَّه اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَى وَجهِه في النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Bukan daripada pemimpin ummah sama ada sedikit atau ramai namun dia tidak adil, melainkan Allah akan menyeret wajahnya di neraka.

Sahabat Perawi

  1. Ma'qil bin Yasar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 830-831, hadis no. 4263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ليس من والي أمة قلت أو كثرت لا يعدل فيها، إلا كبه الله تبارك وتعالى على وجهه في النار)). [ش، حم، طب، ((الضعيفة)) (2033)]

(Lemah) Daripada Ma’qil bin Yasār RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan daripada pemimpin ummah sama ada sedikit atau ramai namun dia tidak adil, melainkan Allah akan menyeret wajahnya di neraka. [Riwayat Ibn Abī Shaybah dalam al-Muṣannaf, Aḥmad dalam al-Musnad dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2033]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.