Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak muda kami dan tidak memuliakan golongan tua kami

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من لم يرحم صغيرنا، ويوقر كبيرنا، ويأمر بالمعروف، وينه عن المنكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak muda kami dan tidak memuliakan golongan tua kami, tidak mengajak ke arah kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis nombor 140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس منا من لم يرحم صغيرنا، ويوقر كبيرنا، ويأمر بالمعروف، وينه عن المنكر)).
[ت، ((الضعيفة))(2108، 5033)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak muda kami dan tidak memuliakan golongan tua kami, tidak mengajak ke arah kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran.
[Riwayat al-Tirmidhī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2108, 5033]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.