Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس منا من لم يوقِّرِ الكبيرَ، ويرحمِ الصغيرَ، ويأمر بالمعروفِ، وينهَ عن المنكرِ.
Teks Bahasa Melayu
Bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak menghormati orang tua, serta tidak menyayangi kanak-kanak, dan tidak mengajak ke arah kebaikan serta tidak mencegah kemungkaran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 219, hadis no. 1164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ليس منا من لم يوقر الكبير، ويرحم الصغير، ويأمر بالمعروف، وينه عن المنكر)). [حم، ((الضعيفة)) (2108، 5033)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak menghormati orang tua, serta tidak menyayangi kanak-kanak, dan tidak mengajak ke arah kebaikan serta tidak mencegah kemungkaran. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2108, 5033]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman