Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah dengan amanah

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأ مسلما في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمدا عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah dengan amanah (bersumpah dengan ibadat sendiri) dan bukan dari kalangan kami mereka yang mengkhianati seorang Muslim pada keluarganya dan pembantunya. Dan sesiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: “Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tidak ada Tuhan selain-Mu, Engkau Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba-Mu serta Rasul-Mu, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah Aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu.” Sekiranya seseorang mengucapkannya pada waktu pagi, kemudian dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia akan mati syahid.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 98, hadis nombor 508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأً مسلماً في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمداً عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيداً.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5307)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ḥudhayfah ibn al-Yamān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah dengan amanah (bersumpah dengan ibadat sendiri) dan bukan dari kalangan kami mereka yang mengkhianati seorang Muslim pada keluarganya dan pembantunya. Dan sesiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: “Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tidak ada Tuhan selain-Mu, Engkau Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba-Mu serta Rasul-Mu, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah Aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu.” Sekiranya seseorang mengucapkannya pada waktu pagi, kemudian dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia akan mati syahid.
[Riwayat Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah , no. 5307]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs