Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس منا من حلف بالأمانةِ، وليس منا من خان امْرَأً مسلمًا في أهلِه وخادمِهِ. ومن قال حين يُمْسِي وحين يُصْبِحُ: اللهم! إني أُشْهِدُكَ بأنك أنت اللهُ لا إله إلا أنت، وَحْدَكَ لا شريكَ لك، وأن مُحَمَّدًا عبدُك ورسولُك، أَبُوءُ بنعمتِكَ عَلَيَّ، وأَبُوءُ بذنبي؛ فاغْفِرْ لي إنه لا يَغْفِرُ الذنوبَ غَيْرُكَ؛ فإن قالها من يومِهِ ذلك حين يُصْبِحُ فمات من ليلتِهِ؛ مات شهيدًا.
Teks Bahasa Melayu
Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah dengan amanah (bersumpah dengan ibadat sendiri) dan bukan dari kalangan kami mereka yang mengkhianati seorang Muslim pada keluarganya dan pembantunya. Dan sesiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: “Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tidak ada Tuhan selain-Mu, Engkau Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba-Mu serta Rasul-Mu, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah Aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu.” Sekiranya seseorang mengucapkannya pada waktu pagi, kemudian dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia akan mati syahid.
Sahabat Perawi
- Huzayfah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 98, hadis no. 508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Ḥudhayfah ibn al-Yamān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukan daripada kalangan kami mereka yang mungkir janji dengan amanah, dan bukan dari kalangan kami mereka yang mengkhianati seorang Muslim pada keluarganya dan pembantunya. Dan sesiapa yang membaca pada waktu petang dan waktu pagi: “Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tidak ada Tuhan selain-Mu, Engkau Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Mu, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba-Mu serta Rasul-Mu, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah Aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu.” Sekiranya seseorang mengucapkannya pada waktu pagi, kemudian dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia akan mati syahid. [Riwayat Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah , no. 5307]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman