Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah atas nama amanah

TEKS BAHASA ARAB

ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأ مسلما في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمدا عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah atas nama amanah, bukan daripada kalangan kami juga mereka yang menganiaya seseorang yang muslim dalam kalangan keluarga dan pekerjanya. Manakala barang siapa yang ketika petang dan pagi hari dia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, Engkau tunggal tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad itu merupakan hamba-Mu dan utusan-Mu. Aku bersaksi dengan nikmat-Mu ke atasku dan aku bersaksi atas dosaku, maka ampunilah daku, sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu. Jika dia berkata pada hari tersebut ketika pagi hari lalu dia meninggal dunia pada malamnya, nescaya dia mati sebagai seorang syahid.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 508, hadis nombor 2705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «ليس منا من حلف بالأمانة، وليس منا من خان امرأ مسلما في أهله وخادمه. ومن قال حين يمسي وحين يصبح: اللهم! إني أشهدك بأنك أنت الله لا إله إلا أنت، وحدك لا شريك لك، وأن محمدا عبدك ورسولك، أبوء بنعمتك علي، وأبوء بذنبي؛ فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب غيرك؛ فإن قالها من يومه ذلك حين يصبح فمات من ليلته؛ مات شهيدا». [الأصفهاني، «الضعيفة» (5307)].

(Sangat Lemah) Daripada Hudzaifah bin al-Yaman RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Bukan daripada kalangan kami mereka yang bersumpah atas nama amanah, bukan daripada kalangan kami juga mereka yang menganiaya seseorang yang muslim dalam kalangan keluarga dan pekerjanya. Manakala barang siapa yang ketika petang dan pagi hari dia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, Engkau tunggal tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad itu merupakan hamba-Mu dan utusan-Mu. Aku bersaksi dengan nikmat-Mu ke atasku dan aku bersaksi atas dosaku, maka ampunilah daku, sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain-Mu. Jika dia berkata pada hari tersebut ketika pagi hari lalu dia meninggal dunia pada malamnya, nescaya dia mati sebagai seorang syahid". [Riwayat al-Asfahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5307].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs