Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Bukan dari kehormatan diri apabila seseorang mengambil keuntungan terhadap saudaranya

Teks Bahasa Arab

ليسَ منَ المروءَةِ الرِّبحُ علَى الإخوانِ.

Teks Bahasa Melayu

Bukan dari kehormatan diri apabila seseorang mengambil keuntungan terhadap saudaranya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 192, hadis no. 988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((ليس من المروءة الربح على الإخوان)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1769)]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bukan dari kehormatan diri apabila seseorang mengambil keuntungan terhadap saudaranya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1769]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.