Bukan aku yang mendahulukan Abu Bakr dan 'Umar

TEKS BAHASA ARAB

ما قدمت أبا بكر وعمر ولكن الله قدمهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukan aku yang mendahulukan Abu Bakr dan ‘Umar, tetapi Allah yang mendahulukan mereka berdua.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 70, hadis nombor 394. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Hafiz turut membawakannya secara bersanad dalam al-Lisan seraya berkata: Ia batil dan perawi-perawinya tersenarai sebagai perawi thiqah (dipercayai). Saya berkata bahawa hadith tersebut ada sambungannya, iaitu: Dan Allah mengurniakan mereka berdua kepadaku, maka taatilah mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua sebagai ikutan. Sesiapa yang berniat jahat terhadap mereka berdua, sebenarnya dia bertujuan jahat terhadap Islam. Penulis (al-Suyuti) telah membuang sambungan ini secara sengaja kerana ia jelas menunjukkan kepalsuannya. Di samping perbuatan ini sebagai suatu khianat terhadap ilmu, juga bersubahat dalam pemalsuan tersebut. Saya tidak tahu apa yang seharusnya saya katakan terhadapnya. Semoga Allah mengampunkan beliau.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs