Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا قَدَّمْتُ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَلَكِنَّ اللهَ قَدَّمَهُمَا.
Teks Bahasa Melayu
Bukan aku yang mendahulukan Abu Bakr dan 'Umar, tetapi Allah yang mendahulukan mereka berdua.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 70, hadis no. 394. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Hafiz turut membawakannya secara bersanad dalam al-Lisan seraya berkata: Ia batil dan perawi-perawinya tersenarai sebagai perawi thiqah (dipercayai). Saya berkata bahawa hadith tersebut ada sambungannya, iaitu: Dan Allah mengurniakan mereka berdua kepadaku, maka taatilah mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua sebagai ikutan. Sesiapa yang berniat jahat terhadap mereka berdua, sebenarnya dia bertujuan jahat terhadap Islam. Penulis (al-Suyuti) telah membuang sambungan ini secara sengaja kerana ia jelas menunjukkan kepalsuannya. Di samping perbuatan ini sebagai suatu khianat terhadap ilmu, juga bersubahat dalam pemalsuan tersebut. Saya tidak tahu apa yang seharusnya saya katakan terhadapnya. Semoga Allah mengampunkan beliau.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman