Bukalah wajah kerana membuka wajah itu daripada Islam

TEKS BAHASA ARAB

يا أمة الله! أسفري؛ فإن الإسفار من الإسلام، وإن النقاب من الفجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai hamba Allah! Bukalah wajah kerana membuka wajah itu sebahagian daripada Islam dan memakai niqab itu sebahagian daripada kejahatan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1632, hadis nombor 8249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن قريبة بنت منيعة عن أمها: أنها جاءتْ إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقالتْ: يا رسول الله! النار النار. فقال: ((ما نجواك؟))، فأخبرتْه بأمرها وهي منقبة. فقال: ((يا أمة الله! أسفري؛ فإن الإسفار من الإسلام، وإن النقاب من الفجور)). [ابن منده، ((الضعيفة)) (5301)].

(Munkar)
Daripada Qaribah binti Muni’ah, ibunya telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Neraka, neraka. Maka baginda bertanya: Apakah rahsia kamu? Kemudian dia memberitahu baginda tentang urusannya dan dia merupakan seorang yang memakai niqab. Lalu baginda bersabda: ((Wahai hamba Allah! Bukalah wajah kerana membuka wajah itu daripada Islam dan memakai niqab itu daripada kejahatan.))
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5301].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs