Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهم افتحْ مَسَامِعَ قلبي لِذِكْرِكَ، وارْزُقْنِي طاعتَك وطاعةَ رسولِكَ، وعَمَلًا بكتابِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Bukakanlah alat pendengaran jiwaku untuk mengingati-Mu, rezekikanlah aku untuk taat kepada-Mu dan kepada rasul-Mu serta beramal dengan Kitab-Mu.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis no. 7346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه، أن النبي ﷺ دعا فقال: اللهم افتح مسامع قلبي لذكرك، وارزقني طاعتك وطاعة رسولك، وعملا بكتابك. [الدولابي، طس، ((الضعيفة)) (2906)]
(Lemah) Daripada ‘Alī RA bahawa Nabi SAW pernah berdoa seraya bersabda: Ya Allah! Bukakanlah alat pendengaran jiwaku untuk mengingati-Mu, rezekikanlah aku untuk taat kepada-Mu dan kepada rasul-Mu serta beramal dengan Kitab-Mu. [Riwayat al-Dūlābī dalam al-Kunā, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2906]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman