Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عكاف! ألكَ امرَأَة؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فجارية؟ قَالَ: لَا، قَالَ: وأَنت صحيح موسِر؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فأنت إِذًا مِنْ إِخوَان الشيَاطين، إِن كنت مِن رهبان النصارى فَالْحقْ بهم، وَإِن كنت مِنَّا فإِن من سنتنا النكاح، يا ابن وداعة شِرارُكُم عُزَّابُكم، وأراذِلُ موتاكم عُزَّابُكم.
Teks Bahasa Melayu
“Wahai U’kaf! Apakah kamu mempunyai isteri?”. Kemudian dia menjawab: “Tidak”. Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah ia seorang budak perempuan?” Kemudian menjawab: “Tidak”. Rasulullah bertanya lagi: “Apakah kamu benar-benar mampu?” Dan dia menjawab: “Ya”. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Jika begitu maka kamu sebahagian daripada saudara Syaitan, sekiranya kamu daripada pendeta-pendeta Nasara maka ikutilah mereka, tetapi sekiranya kamu sebahagian daripada kami maka bernikah adalah satu daripada Sunnah bagi agama ini. Wahai Ibn Wida’ah, bujang adalah salah satu keburukan, dan seburuk-buruk kematian adalah mati dengan kebujangan”.
Sahabat Perawi
- U’kaf bin Wida’ah al Hilali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 932, hadis no. 4795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada U’kaf bin Wida’ah al Hilali RA- bahawa telah datang Nabi SAW kepadanya lalu berkata: “Wahai U’kaf! Apakah kamu mempunyai isteri?”. Kemudian dia menjawab: “Tidak”. Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah ia seorang budak perempuan?” Kemudian menjawab: “Tidak”. Rasulullah bertanya lagi: “Apakah kamu benar-benar mampu?” Dan dia menjawab: “Ya”. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Jika begitu maka kamu sebahagian daripada saudara Syaitan, sekiranya kamu daripada pendeta-pendeta Nasara maka ikutilah mereka, tetapi sekiranya kamu sebahagian daripada kami maka bernikah adalah satu daripada Sunnah bagi agama ini. Wahai Ibn Wida’ah, bujang adalah salah satu keburukan, dan seburuk-buruk kematian adalah mati dengan kebujangan”. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2511].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman