Buatlah kepada jenazah kalian seperti mana kalian buat kepada pengantin kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

افعلوا بميتكم ما تفعلون بعروسكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buatlah kepada jenazah kalian seperti mana kalian buat kepada pengantin kalian.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis nombor 4995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له)
قال رسول الله ﷺ: ((افعلوا بميتكم ما تفعلون بعروسكم)).
[((الضعيفة)) 6611].

(Tiada asalnya)
Rasulullah SAW bersabda: Buatlah kepada jenazah kalian seperti mana kalian buat kepada pengantin kalian.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6611].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.