Buatlah ibadah kerana tuhan kamu

TEKS BAHASA ARAB

أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم، وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buatlah ibadah kerana tuhan kamu, tunaikanlah solat yang lima, tunaikanlah zakat hartamu, dengan rela hati kamu, berpuasalah pada bulan ramadhan kamu, tunaikanlah haji ke Baitullah, nescaya engkau semua akan memasuki syurga tuhanmu.” Lalu baginda menggerakkan tangannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 870, hadis nombor 4450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-: أن رجلا أتى رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فقال: يا رسول الله، ما عصمة هذا الأمر، وعراه، ووثائقه؟ فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وعقد: ((أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم، وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم)). ويحرك يده. [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2161)].

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA bahawa seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan beliau berkata: Wahai Rasulullah! Apakah Ismah (perlindungan daripada melakukan maksiat), rantaian dan bukti perkara ini (agama)? Lalu Nabi SAW bersabda dan berjanji: “Buatlah ibadah kerana tuhan kamu, tunaikanlah solat yang lima, tunaikanlah zakat hartamu, dengan rela hati kamu, berpuasalah pada bulan ramadhan kamu, tunaikanlah haji ke Baitullah, nescaya engkau semua akan memasuki syurga tuhanmu.” Lalu baginda menggerakkan tangannya.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2161].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs