Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَخْلِصُوا عبادةَ اللهِ تعالى، وأَقِيمُوا خَمْسَكُم، وأَدُّوا زكاةَ أموالِكم طَيِّبَةً بها أنفسُكم، وصوموا شهرَكم، وحُجُّوا بيتَكم، تَدْخُلُوا جنةَ ربِّكم.
Teks Bahasa Melayu
Buatlah ibadah kerana tuhan kamu, tunaikanlah solat yang lima, tunaikanlah zakat hartamu, dengan rela hati kamu, berpuasalah pada bulan ramadhan kamu, tunaikanlah haji ke Baitullah, nescaya engkau semua akan memasuki syurga tuhanmu.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 870, hadis no. 4450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-: أن رجلا أتى رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فقال: يا رسول الله، ما عصمة هذا الأمر، وعراه، ووثائقه؟ فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- وعقد: ((أخلصوا عبادة ربكم، وأقيموا خمسكم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بها أنفسكم، وصوموا شهركم، وحجوا بيتكم، تدخلوا جنة ربكم)). ويحرك يده. [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2161)].
(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA bahawa seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan beliau berkata: Wahai Rasulullah! Apakah Ismah (perlindungan daripada melakukan maksiat), rantaian dan bukti perkara ini (agama)? Lalu Nabi SAW bersabda dan berjanji: “Buatlah ibadah kerana tuhan kamu, tunaikanlah solat yang lima, tunaikanlah zakat hartamu, dengan rela hati kamu, berpuasalah pada bulan ramadhan kamu, tunaikanlah haji ke Baitullah, nescaya engkau semua akan memasuki syurga tuhanmu.” Lalu baginda menggerakkan tangannya. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2161].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman