Buah tembikai (yang dimakan) sebelum makan itu menyucikan perut dengan satu cucian dan mampu menghilangkan punca penyakit

TEKS BAHASA ARAB

البطيخ قبل الطعام يغسل البطن غسلا، ويذهب بالداء أصلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buah tembikai (yang dimakan) sebelum makan itu menyucikan perut dengan satu cucian dan mampu menghilangkan punca penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis nombor 2038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بعض عمات النبي ﷺ مرفوعا: «البطيخ قبل الطعام يغسل البطن غسلا، ويذهب بالداء أصلا». [ابن عساكر، «الضعيفة» (167)].

(Palsu) Daripada sebahagian ibu saudara Nabi ﷺ secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Buah tembikai (yang dimakan) sebelum makan itu menyucikan perut dengan satu cucian dan mampu menghilangkan punca penyakit". [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 167].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs