Buah-buahan yang paling digemari oleh Baginda SAW ialah tamar basah dan tembikai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان أحب الفاكهة إليه الرطب والبطيخ وكان لا يأكل القثاء إلا بالملح وكان يأكل الخربز بالتمر وكان يعجبه مرق الدباء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buah-buahan yang paling digemari oleh Baginda SAW ialah tamar basah dan tembikai. Baginda SAW hanya makan mentimun bersama garam, dan kadang-kadang makan tembikai susu bersama tamar. Baginda SAW juga menggemari kuah labu.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045-1046, hadis nombor 5342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عتها، قالت: كان أحب الفاكهة إليه الرطب والبطيخ وكان لا يأكل القثاء إلا بالملح وكان يأكل الخربز بالتمر وكان يعجبه مرق الدباء. [عد، الضعيفة (1759)]

[Sangat lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Buah-buahan yang paling digemari oleh Baginda SAW ialah tamar basah dan tembikai. Baginda SAW hanya makan mentimun bersama garam, dan kadang-kadang makan tembikai susu bersama tamar. Baginda SAW juga menggemari kuah labu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1759]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.