Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ أَحَبَّ الفَاكِهَةِ إِلَيهِ الرُّطَبُ وَالبَطِّيخُ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ القِثَّاءَ إِلَّا بِالْمِلْحِ، وَكَانَ يَأْكُلُ الخُبْزَ بِالتَّمْرِِ، وَكَانَ يُعْجِبُهُ مَرَقَ الدُّبَّاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Buah-buahan yang paling digemari oleh Baginda SAW ialah tamar basah dan tembikai. Baginda SAW hanya makan mentimun bersama garam, dan kadang-kadang makan tembikai susu bersama tamar. Baginda SAW juga menggemari kuah labu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045-1046, hadis no. 5342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عتها، قالت: كان أحب الفاكهة إليه الرطب والبطيخ وكان لا يأكل القثاء إلا بالملح وكان يأكل الخربز بالتمر وكان يعجبه مرق الدباء. [عد، الضعيفة (1759)]
[Sangat lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Buah-buahan yang paling digemari oleh Baginda SAW ialah tamar basah dan tembikai. Baginda SAW hanya makan mentimun bersama garam, dan kadang-kadang makan tembikai susu bersama tamar. Baginda SAW juga menggemari kuah labu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1759]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman