Buah-buahan syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian melihatku selepas selesai solatku di mana aku membongkokkan badanku ke arah Kaabah seakan-akan aku ingin mengambil sesuatu. Mereka berkata: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya dibentangkan kepadaku syurga dan aku tidak pernah melihat sesuatu pun seperti apa yang ada di dalamnya. Lalu di hadapanku segugus anggur lantas aku teruja dengannya lalu aku membongkokkan badanku ke arahnya untuk mengambilnya namun ia terlepas. Kalaulah aku berjaya mendapatkannya nescaya aku akan tanamnya di sekitar kalian agar kalian dapat makan buah-buahan syurga. Ketahuilah bahawa truffle (sejenis cendawan) adalah penawar kepada penyakit ‘ain dan ‘ajwah adalah antara buah-buahan syurga. Sesungguhnya biji hitam ini (habbatussauda’) yang ada di dalam garam, ketahuilah bahawa ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali kematian.

STATUS

Lemah sanad

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 401, hadis nombor 2145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد)
عن ابن بريدة، عن أبيه: أنه كان مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في اثنين وأربعين من أصحابه، والنبي – صلى الله عليه وسلم – يصلي في المقام وهم خلفه جلوس ينتظرونه، فلما صلى أهوى فيما بينه وبين الكعبة كأنه يريد أن يأخذ شيئاً، ثم انصرف إلى أصحابه، فثاروا، وأشار إليهم أن اجلسوا، فجلسوا، فقال: "رأيتموني حين فرغت من صلاتي أهويت فيما بيني وبين الكعبة كأني أريد أن آخذ شيئاً؟ "، قالوا: نعم يا رسول الله، قال: إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت.
[حم، ((الضعيفة)) (3899)]

(Lemah sanadnya)
Daripada Ibn Buraidah, daripada bapanya RA, bahawa beliau dan 42 orang sahabat lain pernah bersama Rasulullah SAW dan ketika itu Nabi SAW solat di al-maqam (Maqam Ibrahim) sedangkan para sahabat lain sedang menunggu di belakang baginda. Setelah baginda selesai solat, baginda membongkokkan badan ke arah Kaabah seakan-akan ingin mengambil sesuatu. Kemudian baginda bergerak menuju kepada para sahabat baginda. Para sahabat lantas bangun lalu baginda mengisyaratkan kepada mereka untuk duduk maka mereka pun duduk. Baginda berkata: Kalian melihatku selepas selesai solatku di mana aku membongkokkan badanku ke arah Kaabah seakan-akan aku ingin mengambil sesuatu? Mereka berkata: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya dibentangkan kepadaku syurga dan aku tidak pernah melihat sesuatu pun seperti apa yang ada di dalamnya. Lalu di hadapanku segugus anggur lantas aku teruja dengannya lalu aku membongkokkan badanku ke arahnya untuk mengambilnya namun ia terlepas. Kalaulah aku berjaya mendapatkannya nescaya aku akan tanamnya di sekitar kalian agar kalian dapat makan buah-buahan syurga. Ketahuilah bahawa truffle (sejenis cendawan) adalah penawar kepada penyakit ‘ain dan ‘ajwah adalah antara buah-buahan syurga. Sesungguhnya biji hitam ini (habbatussauda’) yang ada di dalam garam, ketahuilah bahawa ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali kematian.
[Riwayat Ahmad di dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3899]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.