Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حريمُ البئرِ مَدُّ رِشائِها.
Teks Bahasa Melayu
Birai telaga (tanah disekitar telaga) adalah sepanjang tali timba (ke semua arah).
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 789, hadis no. 4054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعاً: حريم البئر مد رشائها. [هـ، (الضعيفة) (3485)]
(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Birai telaga (tanah disekitar telaga) adalah sepanjang tali timba (ke semua arah). [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3485]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman