Bintang-bintang ialah pelindung para penghuni langit

TEKS BAHASA ARAB

النجوم أمان لأهل السماء، وأهل بيتي أمان لأمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bintang-bintang ialah pelindung para penghuni langit, dan ahli bait aku ialah pelindung bagi umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877, hadis nombor 9459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمة بن الأكوع -رضي الله عنه – مرفوعا: ((النجوم أمان لأهل السماء، وأهل بيتي أمان لأمتي)). [ابن الأعرابي، ابن السماك في ((جزء من حديثه))، الروياني، الكديمي في ((حديثه))، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساکر، (((الضعيفة)) (4699)]

(Lemah) Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bintang-bintang ialah pelindung para penghuni langit, dan ahli bait aku ialah pelindung bagi umatku.” [Riwayat Ibn al-A’rabi, Ibn al-Sammak dalam juzuk hadisnya, al-Ruyani, al-Kadimi dalam hadisnya, al-Khatib dalam al-Muwaddhih dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4699]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs