Binatang korban adalah milik tuannya

TEKS BAHASA ARAB

الأضحية لصاحبها بكل شعرة حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Binatang korban adalah milik tuannya. Bagi setiap helai bulu satu kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis nombor 2081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) يروى عن رسول الله ﷺ أنه قال: «الأضحية لصاحبها بكل شعرة حسنة». [علقه ت، وأصله في: هـ، عد، ك: هق، «الضعيفة» (1050)].

(Palsu) Diriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Binatang korban adalah milik tuannya. Bagi setiap helai bulu satu kebaikan". [Riwayat al-Tirmizi secara mu’allaq (tanpa sanad lengkap). Asal riwayat ini dalam Sunan Ibn Majah, al-Kamil fi al-Du’afa’ oleh Ibn ‘Adi, al-Mustadrak al-Hakim dan Sunan al-Baihaqi. Lihat al- Da’ifah, no. 1050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.