Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأُضحيةُ لصاحبِها بكلِّ شَعرةٍ حسنةً.
Teks Bahasa Melayu
Binatang korban adalah milik tuannya. Bagi setiap helai bulu satu kebaikan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis no. 2081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) يروى عن رسول الله ﷺ أنه قال: «الأضحية لصاحبها بكل شعرة حسنة». [علقه ت، وأصله في: هـ، عد، ك: هق، «الضعيفة» (1050)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Binatang korban adalah milik tuannya. Bagi setiap helai bulu satu kebaikan". [Riwayat al-Tirmizi secara mu’allaq (tanpa sanad lengkap). Asal riwayat ini dalam Sunan Ibn Majah, al-Kamil fi al-Du’afa’ oleh Ibn ‘Adi, al-Mustadrak al-Hakim dan Sunan al-Baihaqi. Lihat al- Da’ifah, no. 1050].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman