Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَيْحَكَ لا يُسْتَشْفَعُ باللهِ على أَحَدٍ من خَلْقِهِ، شأنُ اللهِ أَعْظَمُ من ذلك، وَيْحَكَ تَدْرِي ما اللهُ عَزَّ وجَلَّ ؟ إنَّ عَرْشَه على سماواتِهِ وأَرَضِيهِ هكذا - وقال بأُصْبُعِهِ مِثْلَ القُبَّةِ - وإنه لَيَئِطُّ به أَطِيطَ الرَّحْلِ بالراكِبِ.
Teks Bahasa Melayu
Binasa kamu, tidak diminta syafaat dengan Allah ke atas salah seorang pun dari kalangan makhluk-Nya. Sesungguhnya kedudukan Allah lebih agung berbanding hal itu. Binasa kamu, adakah kamu tahu siapakah Allah Azza wa Jalla? Sesungguhnya arasy-Nya berada di atas langit-langit-Nya. Lapisan tanah-Nya seperti ini. Lalu baginda melakukan jari jemarinya seperti kubah – dan baginda membunyikannya dengan suara pelana tunggangan ketika dinaiki oleh penunggangnya.
Sahabat Perawi
- Jubair Ibn Muth‘im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis no. 1401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنه- قال: جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم أعرابي فقال: يارسول الله! جهدت الأنفس وضاع العيال، وهلكت الأموال ونهكت الأنعام فاستسق الله لنا فإنا نستشفع بك على الله عز وجل ونستشفع بالله عليك، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ويحك لا يستشفع بالله على أحد من خلقه، شأن الله أعظم من ذلك، ويحك تدري ما الله عز وجل؟ إن عرشه على سماواته وأرضيه هكذا - وقال بأصابعه مثل القبة - وإنه ليئط به أطيط الرحل بالراكب)). [د، ابن خزيمة، طب، ((الضعيفة)) (2639)]
(Daif) Daripada Jubair Ibn Muth‘im RA, beliau berkata: Seorang lelaki Badwi telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah telah perit jiwa dan telah hilangnya punca kehidupan, telah musnah harta benda dan telah berkurangannya haiwan ternakan. Mintalah kepada Allah agar diturunkan hujan kepada kami. Sesungguhnya kami memohon syafaat denganmu kepada Allah Azza wa Jalla dan kami memohon syafaat dengan Allah ke atas kamu. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Binasa kamu, tidak diminta syafaat dengan Allah ke atas salah seorang pun dari kalangan makhluk-Nya. Sesungguhnya kedudukan Allah lebih agung berbanding hal itu. Binasa kamu, adakah kamu tahu siapakah Allah Azza wa Jalla ? Sesungguhnya arasy-Nya berada di atas langit-langit-Nya. Lapisan tanah-Nya seperti ini. Lalu baginda melakukan jari jemarinya seperti kubah – dan baginda membunyikannya dengan suara pelana tunggangan ketika dinaiki oleh penunggangnya. [Riwayat Ibn Khuzaymah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2639]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman