Binalah masjid-masjid

TEKS BAHASA ARAB

ابنوا المساجد، وأخرجوا القمامة منها، فمن بنى لله مسجدا بنى الله له بيتا في الجنة، قال رجل: وهذه المساجد التي تبنى في الطريق؟ قال: نعم، وإخراج القمامة منها مهور حور العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Binalah masjid-masjid dan keluarkanlah sampah sarap darinya. Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Seorang lelaki bertanya: Termasuk masjid-masjid yang dibina di jalanankah (wahai Rasulullah?). Baginda menjawab: Ya, dan mengeluarkan sampah-sarap daripada masjid merupakan mahar bagi bidadari syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis nombor 1283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي قرصافة – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ابنوا المساجد، وأخرجوا القيامة منها، فمن بنى الله مسجدا بنى الله له بيتا في الجنة، قال رجل: وهذه المساجد التي تبنى في الطريق؟ قال: نعم، وإخراج القمامة منها مهور حور العين)). [طب، ((الضعيفة)) (1675)]

(Lemah)
Daripada Abi Qirsafah RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Binalah masjid-masjid dan keluarkanlah sampah sarap darinya. Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Seorang lelaki bertanya: Termasuk masjid-masjid yang dibina di jalanankah (wahai Rasulullah?). Baginda menjawab: Ya, dan mengeluarkan sampah-sarap daripada masjid merupakan mahar bagi bidadari syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1675]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs