TEKS BAHASA ARAB
ابنوا مساجدكم جما، وابنوا مدائنكم مشرفة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Binalah masjid kamu dalam keadaan biasa sahaja (tidak dihiasi dengan kemewahan) dan binalah bangunan-bangunan kamu dengan kemuliaan (kemewahan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis nombor 1284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ابنوا مساجدكم جما، وابنوا مدائنكم مشرفة)). [ش، ((الضعيفة)) (1731)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Binalah masjid kamu dalam keadaan biasa sahaja (tidak dihiasi dengan kemewahan) dan binalah bangunan-bangunan kamu dengan kemuliaan (kemewahan).
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1731]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.