Daif

30/06/2024

minit bacaan



Binalah masjid kamu dalam keadaan biasa sahaja

Teks Bahasa Arab

ابنوا مساجدَكم جَمًّا ، وابنوا مدائنَكم مُشْرِفةً.

Teks Bahasa Melayu

Binalah masjid kamu dalam keadaan biasa sahaja (tidak dihiasi dengan kemewahan) dan binalah bangunan-bangunan kamu dengan kemuliaan (kemewahan).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis no. 1284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها- مرفوعاً: «ابنوا مساجدكم جماً، وابنوا مدائنكم مشرفة». [ش، «الضعيفة» (1731)].

(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’: Binalah masjid kamu dalam keadaan biasa sahaja (tidak dihiasi dengan kemewahan) dan binalah bangunan-bangunan kamu dengan kemuliaan (kemewahan). [Musannaf Ibn Abi Syaibah, al-Dha‘īfah; no. 1731].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.