Binalah masjid dan jadikanlah ia biasa sahaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ابنوا المساجد، واتخذوها جما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Binalah masjid, dan jadikanlah ia biasa sahaja (iaitu tidak dihiasi dengan kemewahan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis nombor 1282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ابنوا المساجد، واتخذوها جما)).[ش، هق، أبو عثمان النجيرمي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1674)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Binalah masjid, dan jadikanlah ia biasa sahaja (iaitu tidak dihiasi dengan kemewahan).
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan Abu Uthman al-Nujairimi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1674]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.