Binalah ia dengan tujuh hasta tinggi ke langit tanpa perhiasan dan tanpa ukiran

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما أراد صلى الله عليه وسلم أن يبني مسجد المدينة أتاه جبريل فقال: إنه سبعة أذرع طولا في السماء غير مزخرفة ولا منقشة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW hendak membina masjid Nabi, Jibril datang kepada Baginda dan berkata: Binalah ia dengan tujuh hasta tinggi ke langit tanpa perhiasan dan tanpa ukiran.

STATUS

Tidak dijumpai asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 149, hadis nombor 437. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لما أَرَادَ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم أَن يَبْنِي مَسْجِد الْمَدِينَة أَتَاهُ جِبْرِيل فَقَالَ: إِنَّه سَبْعَة أَذْرع طولا فِي السَّمَاء غير مزخرفة وَلَا منقشة. قَالَ فِي الذيل: لم يُوجد.

Hadith: “Ketika Nabi SAW hendak membina masjid Nabi, Jibril datang kepada Baginda dan berkata: Binalah ia dengan tujuh hasta tinggi ke langit tanpa perhiasan dan tanpa ukiran. Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail: Tidak dijumpai asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs